Pergerakkan Puteri Dan Pemuda UMNO Bakal Dibubarkan Sebelum PRU Ke-13. Perjuangan mereka sudah tidak betul. Mereka hanya pandai menerapkan budaya samseng kepada adik2 semua. Lihat sendiri BUKTI di bawah jika tak percaya..
UMNO mengganas tapi POLIS hanya MELIHAT!
Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)
(Tarikh)-(Acara/
☛25 Mei
Lembah Pantai
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
☛24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
☛24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
☛24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
Kira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.
☛20 Mei
Minum Petang bersama Ambiga/
Merlimau, Melaka
Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
☛11 Mei
Pulau Pinang
Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
☛6 Mei
Pahang
Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.
☛2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.
☛19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
☛3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
☛26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat- Selangor/ Stadium Kuala Selangor
Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.
☛26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
Seorang samseng UMNO mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.
☛26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
☛19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap.
Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
☛13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
☛12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
☛21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh UMNO dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.
No comments:
Post a Comment