New York: Kesungguhan cinta pelakon Tom Cruise terhadap Katie Holmes nyata tidak bertahan lama.
Pasangan berkenaan memfailkan perceraian, menamatkan antara perkahwinan paling tidak dijangka di Hollywood. Selepas lima tahun berkahwin, Holmes memfailkan perceraian Khamis lalu, kata peguam Cruise, Bert Fields.
“Ini adalah perkara peribadi bagi Katie dan keluarganya. Keutamaan Katie ketika ini adalah kepentingan anak perempuannya,” kata peguam pelakon itu, Jonathan Wolfe.
Cruise, 49, mengahwini Holmes, 33, pada tahun 2006 di Itali dan mengisytiharkan secara terbuka cintanya dalam rancangan Oprah.
Pasangan it ada anak perempuan berusia enam tahun, Suri, yang turut menjadi tumpuan akhbar tabloid dan majalah selebriti.
Rancangan pasangan itu untuk bercerai dilaporkan buat kali pertama oleh majalah People.
Cruise mempunyai dua anak angkat dengan isterinya sebelum ini, aktres Nicole Kidman. Sebelum itu, beliau mengahwini pelakon Mimi Rogers. Perkahwinan dengan Cruise adalah yang pertama buat Holmes.
Pada awal hubungan mereka, Holmes mengaku amat meminati Cruise ketika masih kanak-kanak dan bertunang di kemuncak Menara Eiffel.
Kisah cinta mereka menjadi sasaran tabloid, yang memberi gelaran TomKat kepada pasangan itu, dan melaporkan segala-galanya daripada pergaduhan mereka dan kasut Suri sehingga kisah Holmes bertukar kepercayaan kepada Scientology.
Cruise muncul seorang diri di tayangan perdana filem muzikal terbarunya, Rock of Ages. Holmes juga tidak hadir pada majlis penganugerahan di Friar’s Club, yang menyaksikan Cruise menerima Anugerah Ikon Hiburan Friar’s Club kali keempat.
Ketika itu Cruise berkata, Holmes berada di luar negara dan keluarga itu akan berkumpul di Iceland sempena Hari Bapa.
No comments:
Post a Comment