Thursday, August 2, 2012

Beginilah Cara Palestin Sambut Sokongan Mesir





Perdana Menteri Palestin pilihan rakyat, Ismail Haniyah, memuji sikap kerajaan baru Mesir dan rakyat negara ini dalam menyokong masalah Palestin.

Seperti dilaporkan laman Palestine online, Ismail Haniyah yang ketika ini berada di Kaherah dalam sebuah pidatonya ketika solat Jumaat di Masjid Raja Faisal bin Abdul Aziz mengingatkan pengorbanan besar rakyat Mesir dalam membela Jalur Gaza dan isu Palestin.

Ia pun menyampaikan penghargaannya atas sokongan penuh rakyat Mesir terhadap masalah Palestin serta Islam.

Haniyah di pidatonya menyampaikan rasa optimis terhadap masa depan dan pembebasan Masjidil Aqsa. Menanggapi pidato itu, jamaah solat Jumaat Mesir meneriakkan takbir membela Masjidil Aqsa serta bangsa Palestin.

No comments:

Post a Comment