Thursday, August 2, 2012

Rakyat negara mana paling kuat minum Coca-Cola


Minuman coca-cola tu asalnya adalah sejenis ubat batuk. Bila nak makan ubat tu kena bancuh bubuh dalam gelas dan minum. Oleh kerana rasanya sedap digabung pulak dengan idea perniagaan yang geneius akhirnya Coca-Cola jadi macam ini sekarang.

Siapa boleh fikirkan sebuah perniagaan yang hanya jual air minuman, satu jenis pulak tu dan dijual di seluruh dunia dan menjadi salah sebuah syarikat yang hebat di dunia. Pelik-pelik!, bayangkan air tebu Pak Mat terjual di seluruh dunia dan semua satu dunia kenal air tebu pak mat...

Dalam bebanyak negara didunia ini hanya dua negara sahaja yang tidak ada terjual minuman coca-cola ni. Negara itu adalah:

Korea Utara
Cuba

Kalau ada yang kaki minum air penyakit ni, sila bawa bekal untuk ke dua negara tersebut. Itupun harap-harap lepas masa pemeriksaan kat kastam.

Tahukah anda negara mana kat dunia ni rakyatnya paling kuat meneguk air hitam berkarbonat tu. Lihat senarai kat bawah:

Mexico
Amerika
Sepanyol
Jerman

Aku tak suka minum air hitam berkarbonat tu. Bila teguk rasa macam telan kaca masuk dalam kerengkung. Pedih dan aku sering terbayangkan kencing manis setiap kali minum air tu. Maka dengan itu aku telah memberhentikan penggunaannya secara peribadi sejak tahun 1993 sampailah sekarang.

No comments:

Post a Comment