Wednesday, August 29, 2012

Janji suami isteri


Ustaz ceritakan pengalaman dia, seorang isteri menanggis2 nak mandikan jenazah suami dia tapi bapak mertua dgn polis forensik tak bagi. Sambil menanggis si isteri berkata ini janji kami suami isteri “ abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, andai kamu (isteri) mati dulu dari abang abang akan mandikan jenazah kamu”.
Dari luar bilik mayat hospital ustaz masuk tanye ape hal?  Ustaz kate takpe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.  Ustaz pun bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti. Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami dan masuk kemulut kami. Moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.
Ustaz kate dia meleleh air mate bersama-sama pengiring.

Sabda Rasulullah s.a.w ;
"Apabila mati seorang anak adam itu, terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara. Iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, serta doa anak-anak yang soleh." 
[Riwayat Muslim]

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

No comments:

Post a Comment