Wednesday, August 29, 2012

Tel Aviv ingin Mursi kunjungi Israel




TEL AVIV - Menteri Luar Negeri Israel, Avigdor Lieberman, berkata pada Selasa (28/8/2012) bahawa ia berharap Presiden baru Mesir, Muhammad Mursi, akan segera melawat negara Yahudi itu untuk membuktikan kata-katanya.

Mursi mengatakan kepada Reuters dalam sebuah wawancara pada hari Isnin (27/8) ia akan berusaha bersikap seimbang dalam menentukan polisi luar negeri dan menunjukkan bahawa perjanjian damai Israel dengan Mesir ada dalam kedudukan selamat.

"Kami benar-benar berharap untuk melihat Presiden Mursi menerima wakil rasmi Israel dalam waktu dekat. Kami ingin melihat dia diwawancara oleh media Israel. Kami ingin melihat dia melawat Yerusalem sebagai tetamu Presiden Shimon Peres di Israel," Lieberman, yang ultranasionalis, mengatakan dalam persidangan undang-undang di Tel Aviv.

Sementara itu, Ikhwanul Muslimin, kelompok tempat Mursi berasal, menggambarkan Israel sebagai negara yang rasis dan ekspansionis.

Dalam wawancara bersama Reuters, Mursi menekankan pada keseimbangan. Sikap frontal yang dizahirkan oleh Ikhwanul Muslimin, tidak ditunjukkan oleh Mursi.

Mesir dan Israel berdamai pada tahun 1979 selepas pertempuran empat perang. Mubarak memegang jawatan selama puluhan tahun sebagai sekutu setia AS dan penjamin status Mesir sebagai negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian dengan Israel. Hubungan ini tetap sejuk walaupun telah dilakukan perjanjian, yang sangat ditentang oleh sebahagian besar rakyat Mesir.

Lieberman mengatakan kata-kata Mursi tentang kepastian itu menyenangkan tapi ia harus berbuat lebih banyak.

Tanpa menyebut nama Israel, Mursi menunjukkan bahawa jiran Mesir tidak perlu takut oleh operasi ketenteraan baru di Semenanjung Sinai, yang ia perintahkan setelah orang-orang bersenjata menyerang sebuah pos sempadan Mesir, menewaskan 16 penjaga dan cuba menyerbu melintasi sempadan ke Israel.

"Saya senang mendengar apa yang dikatakan Mursi mengenai komitmen Mesir untuk berdamai dengan Israel, perjanjian Camp David, dan perjuangan menentang keganasan," kata Lieberman.

"Ini adalah mesej yang sangat penting Tetapi barangsiapa berbicara tentang keamanan dan kestabilan harus memahami bahawa ini tidak boleh hanya menjadi abstrak dan teori. Perdamaian juga mempunyai ekspresi yang nyata," lanjut Lieberman.

No comments:

Post a Comment