29 Ogos 2012
PUTRAJAYA - Seorang wanita berusia 28 tahun yang didakwa melakukan ugutan jenayah dan memiliki sebilah pedang diarah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapatkan khidmat peguam bagi membolehkan pihak pendakwa memulakan segera kesnya.
Ketika mengarahkan demikian Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata di bawah Kanun Acara Jenayah yang dipinda, tarikh perbicaraan mesti ditetapkan dalam tempoh 90 hari dari tarikh tertuduh didakwa di mahkamah.
Mohd Kafli kemudian menetapkan 12 September bagi urusan kes.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya Siti Noor Mazrah Ahmad Din memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa sedia menyerahkan dokumen berhubung kes itu kepada Muhdalena dan menggesa tertuduh mendapatkan seorang peguam.
Muhdalena memberitahu mahkamah bahawa beliau akan berbuat demikian. Muhdalena dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai di katil rawatannya di Hospital Putrajaya selepas beliau terkena tembakan di paha kanannya.
Beliau didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam untuk mencederakan anggota polis bantuan, Ridzuan Megat Ahmad, di perkarangan Kompleks B Jabatan
Perdana Menteri di sini pada kira-kira 2.30 petang 9 Julai.
Dakwaan itu di bawah Seksyen 506 Kanun Kesiksaan membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa, juga didakwa memiliki sebilah pedang di tempat dan masa yang sama.
Tuduhan itu di bawah seksyen 7 (1) Akta Senjata Korosif, Eksplosif dan Berbahaya 1958 boleh mengakibatkan beliau dipenjara hingga dua tahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraannya.
Pada 9 Julai, seorang lelaki berusia 47-tahun, Khalil Afandi Abd Hamid, yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahadi ditembak mati oleh polis bila beliau mengamuk dengan sebilah pedang Samurai di kompleks yang sama.
Muhdalena ada bersamanya semasa kejadian itu. - Bernama

No comments:
Post a Comment