Ziauddin Yousufzai bersama anggota keluarganya ketika menziarahi anak perempuannya, Malala di Birmingam. – Foto ihsan CNN
LONDON - Terbit air mata kegembiraan apabila ahli keluarga Malala Yousufzai buat pertama kali menziarahi gadis malang itu setelah dia diterbangkan ke sebuah hospital di Britain hampir dua minggu lalu.
"Dalam keadaan apabila saya melihat anak perempuan saya... kita berharap tetapi kita tidak menjangka .. bahawa dia boleh bercakap, dia dapat melihat (semula)," kata Ziauddin Yousufzai di sini, semalam.
"Saya sayangkan dia dan pagi ini, malam tadi apabila kita bertemu dengan dia, terdapat air mata di mata kami dan ia melambangkan kebahagiaan," katanya.
Dia menyifatkan survival anak perempuannya selepas ditembak di kepala sebagai “keajaiban untuk semua” dan menjadi emosi mengenangkan bagaimana keluarga pada saat tertentu sudah membuat perkiraan untuk membuat pengebumian anaknya.
“Dia bukan sahaja anak perempuan saya, dia adalah anak perempuan semua, dia adalah adik semua orang,” katanya, bercakap sehari selepas beliau, isteri dan dua orang anak tiba di Birmingham, England, untuk menziarahi Malala.
Doktor yang merawat Malala tidak percaya bahawa gadis itu mengalami kerosakan otak yang serius tetapi mengatakan ia masih menghadapi jalan yang panjang untuk pulih sepenuhnya.
Ziauddin memberitahu Malala, 15, telah menjadi seorang aktivis hak asasi pendidikan pada usia yang muda, dan tindakannya itu menjadikan dia simbol keberanian di peringkat antarabangsa.
Menurut Ziauddin lagi, beliau "berterima kasih kepada media di Pakistan... kerana amat sukar untuk berdiri dengan seorang gadis yang berdiri menentang keganasan.... mereka telah diberi amaran oleh pengganas tetapi mereka masih menyokong anak perempuan saya."
Dia juga melahirkan terima kasih kepada kerajaan Pakistan dan Britain serta pasukan perubatan di kedua-dua negara atas rawatan yang diberikan kepada anak perempuannya.
“Dia mendapat rawatan yang betul, di tempat yang betul, pada masa yang tepat,” katanya.
Ziauddin, yang diiringi pada sidang akhbar itu oleh adik lelaki Malala, menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka melalui saat trauma setelah Malala ditembak oleh lelaki bersenjata Taliban dalam sebuah van sekolah ketika pulang selepas mengambil peperiksaan.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital, kemudian dipindahkan ke hospital yang mempunyai kemudahan yang lebih baik di Peshawar dan ke Islamabad untuk menjalani pembedahan yang menyelamatkannya nyawanya.
Oleh kerana otaknya membengkak akibat tembakan di kepala, keluarga Malala bimbang sekiranya peluru tidak dapat dikeluarkan.
Pada masa dia diterbangkan ke Britain, dia dalam keadaan koma. Dia tidak dapat melihat atau bercakap dengan orang-orang yang disayanginya.
“Dia berada dalam keadaan yang sangat teruk,” kata bapanya.
Dia mengucapkan syukur kepada ALLAH atas perkembangan baik itu selepas 11 hari Malala dibawa ke Britain.
Bercakap bersamanya, Dr Dave Rosser, pengarah perubatan Hospital Universiti Birmingham, memberikan prognosis paling positif untuk pemulihan Malala.
"Kami tidak fikir dia mempunyai kerosakan otak yang ketara," katanya, sambil menambah bahawa dia sangat letih tetapi "berjaya member senyuman lebar" apabila melihat keluarganya.
Malala kini berjalan dengan menggunakan sedikit bantuan dan "menunjukkan ingatan yang sangat baik kepada beberapa hari kebelakangan ini ketika dia dalam penjagaan dan peristiwa sebelum kejadian ini," katanya.
Malala turut menjalani ujian pendengaran dan penglihatan semalam sebagai langkah berjaga-jaga kerana peluru yang itu melalui bahagian atas kening kiri, jelas beliau.

No comments:
Post a Comment