DAMSYIK 27 Okt. - Sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan terbunuh dan 40 lagi cedera, termasuk lapan anggota tentera, dalam dua serangan bom kereta di Syria semalam.
Kedua-dua serangan berasingan itu berlaku pada hari pertama persetujuan tentera kerajaan dan pemberontak untuk melaksanakan gencatan senjata selama empat hari bermula semalam.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, dalam kejadian pertama, sebuah kereta yang diletakkan di luar masjid Umar bin Khattab di daerah Daf Shawk, Damsyik, diletupkan menggunakan perangkap samar.
Dalam serangan berasingan, tiga tentera terbunuh dan lapan lagi cedera apabila sebuah bom kereta diletupkan di bandar Daraa.
Serangan itu berlaku di depan sebuah pos kawalan tentera di Hanano Street berdekatan stesen keretapi di Daraa. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121027/lu_10/Serangan-bom-kereta-di-Syria-lapan-maut#ixzz2AUw6K9cP
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment