Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahri |
DUBAI - Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahri menyeru umat Islam menculik warganegara Barat dan menyertai puak pemberontak Syria, demikian menurut SITE Monitoring yang memetik klip dua bahagian disiarkan menerusi laman web Islamis.
“Kami sedang mencari, dengan bantuan ALLAH, meminta umat Islam supaya menangkap warganegara yang menentang Islam," katanya memuji penculikan Warren Weinstein, 71, hasil bantuan pekerja Amerika di Pakistan tahun lepas.
Bagaimanapun dalam keadaan menandakan Al-Qaeda mungkin berada dalam tekanan, beliau berkata, penerbitan sebahagian klip berkenaan telah ditangguhkan kerana "keadaan perang sengit".
Ayman menuduh masyarakat antarabangsa memberi Presiden Syria Bashar al-Assad "lesen untuk membunuh" dalam usahanya menyekat kemaraan puak pemberontak.
“Saya menggesa umat Islam di mana-mana, terutama di negara-negara yang berdampingan dengan Syria, untuk bangkit menyokong saudara-saudara mereka di Syria dengan apa yang mereka boleh lakukan dan tidak meminta ganti apa-apa yang tawarkan," katanya.
Ulama-ulama Mesir bertanya secara langsung kepada Presiden Mesir yang baru, Mohammed Mursi berhubung pendiran beliau terhadap Israel, penganut Kristian di Mesir dan undang-undang syariah.
"Pertempuran di Mesir adalah sangat jelas. Ia adalah pertempuran antara minoriti sekular yang bersekutu dengan gereja dan yang bersandar pada sokongan tentera, yang dibuat oleh (bekas Presiden Hosni) Mubarak dan Amerika... dan umat Islam di Mesir yang sedang mencari untuk melaksanakan syariah, "katanya.
Beliau juga menggunakan masa dua jam, 12 minit untuk mengecam Presiden Barack Obama dengan memanggil Presiden Amerika Syarikat itu dengan gelaran "pembohong" dan "salah satu penyokong terbesar Israel".
No comments:
Post a Comment