SIANTAR, Sumatera Selatan - Para penduduk di sini menggesa pihak polis bertindak tegas terhadap pengusaha bas dan pengangkutan awam lain yang membenarkan penumpang duduk di bahagian bumbung kenderaan.
Penduduk tempatan, S. Sihaloho, 46, yang juga bekas pemandu teksi berkata, sekiranya keadaan itu tidak dibendung lebih awal, tindakan penumpang itu boleh menyebabkan kematian.
Katanya, pemandu bas atau van kebiasaannya tidak mengendahkan soal keselamatan penumpang kerana mereka hanya fikirkan soal gaji dan jumlah penumpang yang menaiki kenderaan mereka.
"Disebabkan itu, pemandu-pemandu pengangkutan awam sering mengabaikan keselamatan penumpang dan membenarkan mereka duduk di atas bumbung.
"Keadaan ini bukan sahaja membahayakan penumpang yang berada di atas bumbung, tetapi juga semua penumpang lain disebabkan pemandunya membawa lebih muatan," katanya kepada metrosiantar.com.
Menurut Sihaloho, banyak teksi dan bas sanggup membawa lebih muatan ketika berada di lokasi ramai penumpang.
Katanya, kadang-kala mereka dengan sesuka hati mengambil penumpang walaupun kenderaan sudah sesak. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121027/lu_09/Pemandu-tidak-hirau-nyawa-penumpang#ixzz2AUwpqO3z
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment