Friday, December 7, 2012

Abhisit berdepan tuduhan bunuh penyokong Baju Merah

myMetro | Abhisit berdepan tuduhan bunuh penyokong Baju Merah: "BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva berdepan tuduhan membunuh ekoran kematian seorang pemandu teksi yang ditembak tentera ketika perhimpunan “Baju Merah” pada 2010, kata pihak berkuasa semalam.

Jabatan Penyiasatan Khas (DSI), polis dan pendakwa raya Thai mengumumkan keputusan itu yang menandakan pertuduhan pertama dibuat terhadap kes kematian dalam perhimpunan besar-besaran di Bangkok yang menentang kerajaan pimpinan Abhisit.


“Pertemuan tiga pihak itu memutuskan untuk mendakwa bekas Perdana Menteri Abhisit dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban mengikut Akta 288,” kata Ketua DSI, Tarit Pengdith merujuk kepada kes bunuh di bawah kod jenayah Thailand. - BP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment