BRUSSELS - Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) meluluskan permohonan negara anggotanya, Turki untuk menggunakan peluru berpandu Patriot bagi mempertahankan wilayahnya di sempadan Syria, susulan beberapa amaran Damsyik untuk menggunakan senjata kimia.
Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen berkata, keputusan itu bersesuaian dengan dasar melindungi 28 negara anggotanya daripada ancaman sekali gus meningkatkan taraf keselamatan negara masing-masing.
“Kami memberi amaran kepada mana-mana negara yang mahu menyerang Turki supaya berfikir sebelum bertindak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Nato di Brussels, Belgium.
Beliau berkata, Nato bersetuju dengan permintaan Turki meningkatkan sistem pertahanan bagi melindungi rakyat dan wilayahnya juga bersiap sedia dengan krisis yang melanda negara jirannya Syria.
“Kebenaran di beri berdasarkan senario di Syria yang sudah berada dalam keadaan konflik berlarutan selama 21 bulan dengan lebih 41,000 orang dilaporkan terkorban,” katanya. - AP

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment