Friday, December 7, 2012

Ketua Daerah Indonesia cerai isteri selepas 4 hari kahwin dikecam

Ketua Daerah Indonesia cerai isteri selepas 4 hari kahwin dikecam - Global - Sinar Harian:

Ketua Daerah Indonesia cerai isteri selepas 4 hari kahwin dikecam
Aceng menceraikan Fani menerusi SMS empat hari selepas berkahwin. - Foto ihsan detiknews
JAKARTA - Seorang pengawai kanan daerah Indonesia berhadapan dengan desakan agar meletakkan jawatan ekoran keputusannya menceraikan isteri keduanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), empat hari selepas berkahwin.
Beratus-ratus rakyat membantah tindakannya dan mendesak supaya Aceng Fikri, ketua daerah  Garut, Jawa Barat, memohon maaf secara terbuka.

Fikri, 40, berkahwin dengan remaja 17 tahun sebagai isteri kedua dan melafazkan cerai  empat hari selepas bernikah apabila didapati isterinya bukan lagi dara.

“Saya ingin meminta maaf kepada orang ramai jika perbuatan saya ini mengaibkan kaum wanita walaupun saya tiada niat memalukan sesiapa," kata beliau.

Beliau turut meluahkan rasa kesal dan merasakan tindakannya itu tidak wajar.

Undang-undang perkahwinan di Indonesia mengatakan bahawa wanita berumur 16 tahun dibenarkan berkahwin.

Bekas isteri kedua Fikri, Fani Octora berumur 17 tahun dan masih di sekolah tinggi semasa  dia bernikah dalam satu majlis Julai lalu tetapi perkahwinan mereka tidak didaftarkan secara rasmi.
Fikri memberitahu media tempatan Fani bukan lagi seorang 'dara' dan tidak memenuhi spesifikasi 'dijanjikan', jadi saya menghantar dia kembali,” katanya.
Beliau juga berkata, dia mengikat perjanjian agar isu tidak didedahkan dengan  bekas isterinya itu  40 juta rupiah (RM12,600).
Fani mendakwa Aceng memberi tiga alasan mahu menceraikan dia.

Fani berkata dia tidak pernah disentuh lelaki lain.
Selain menuduh sudah tidak perawan, Fani berkata, dia didakwa memiliki penyakit epilepsi dan polio., dan telah memiliki tanda putih pada tubuhnya yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
“Yang ketiga, saya dituduh mempunyai tanda putih di tubuh saya yang tidak kelihatan secara mata kasar. Alasan itu sebenarnya mengada-ada,” kata Fani kepada GosipGarut-Online.com.
Fani juga bercerita, Bupati Aceng Fikri sangat marah ketika mengetahui foto-foto pernikahannya tersebar luas di laman sosial dan media online. Setelah pemberitaan mengenai dirinya tersebar luas, Aceng sering mengirim SMS pada Fani dengan kata-kata kasar.
Penunjuk perasaan berkumpul di bangunan Garut semalam menuntut supaya Fikri disingkirkan daripada jawatannya ketika ini atas alsan tidak menghormati wanita.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono turut  meminta supaya Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri membantu menyelesaikan perkara ini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment