Friday, December 7, 2012

Kumpulan Tablighi Jamaat dilarang bina masjid terbesar Britain

myMetro | Kumpulan Tablighi Jamaat dilarang bina masjid terbesar Britain: "LONDON: Sebuah pertubuhan dakwah Islam dinafikan hak mereka untuk membina masjid dengan saiz empat kali ganda lebih besar berbanding Gereja St Paul.

Keputusan itu dibuat Majlis Perbandaran Newham, semalam.


Jika pembinaan itu dibenarkan, Masjid Abbey Mills juga dikenali sebagai Pusat Riverine akan menjadi pusat Islam terbesar di Britain dan Eropah Barat.

Kumpulan Tablighi Jamaat berkata, mereka bercadang membina masjid dengan kapasiti 9,000 orang di West Ham tetapi tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Ketika ini, kumpulan berkenaan menggunakan sebahagian daripada tapak seluas enam hektar di Abbey Mills sebagai pusat ibadah, dikenali Masjid Ilyas yang dapat menampung sehingga 2,500 orang pada satu-satu masa. Pada awalnya, majlis perbandaran mempertimbangkan cadangan perluasan masjid di tapak industri itu.


Selepas bermesyuarat, PBT berkenaan menolak permohonan itu dengan memberi alasan, ia terlalu besar dan memberi kesan kepada bangunan bersejarah berhampiran. - TS"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment