28 Februari 2013
COT TRUENG - Seramai 121 pelarian etnik Rohingya diselamatkan oleh nelayan di luar pantai barat Indonesia, menurut pihak berkuasa, semalam.
Kumpulan yang turut disertai enam wanita dan kanak-kanak itu ditemui terdampar kira-kira 25 kilometer dari Kampung Cot Trueng, utara Pulau Sumatera.
Ketua kampung, Mukhtar Samsyah berkata, kesemua penduduk Islam Rohingya tersebut telah dihantar ke pusat tahanan imigresen di bandar Lhokseumawe.
Sejak Oktober lalu, kira 6,000 penduduk Rohingya melarikan diri dari kekejaman etnik di barat Myanmar dan kebanyakan daripada mereka turut dilaporkan memasuki perairan Thailand secara haram. - AFP

No comments:
Post a Comment