Thursday, February 28, 2013

Sultan Brunei Arah Tutup Premis Perniagaan Semasa Solat Jumaat Dan Haram Arak Dalam Penerbangan !!


Semua pihak amat terkejut dengan tersebarnya video kenyataan oleh Sultan Brunei agar semua premis perniagaan ditutup semasa solat Jumaat di negara terbabit dan haram arak penjualan arak dalam penerbangan. Apapun tahniah kepada Sultan Brunei dan semua rakyat yang menyokong dan mampu melaksanakan hukum hakam yang lebih baik berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Kenyataan rasmi dari Jabatan Penerangan Brunei sempena titah baginda beberapa hari lepas. NEGARA MAKMUR DAN SEJAHTERA DENGAN ISLAM: Sultan Titah Semua Premis Di Tutup Waktu Solat Jumaat dan Tiada Hidangan Arak Dalam Penerbangan Dalam usaha untuk merealisasikan Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir iaitu negara yang mendaulatkan hukum dan undang-undang Islam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Almarhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (foto), Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menekankan mengenai penguatkuasaan peraturan menutup sementara premis-premis perniagaan pada hari Jumaat sehingga selesai Solat Jumaat dan melarang dihidangkan arak dalam penerbangan Brunei. Mesej ini disampaikan oleh Sultan Hassanal Bolkiah dalam ucapan baginda sempena sambutan Hari Kebangsaan Brunei ke-29 pada petang Jumaat 22.02.2013 yang dibuat secara langsung melalui siaran radio dan televisyen ke seluruh Negara Brunei. Dalam titah baginda, baginda menzahirkan kekesalan kerana ada pihak yang mengangap peraturan ini menjejaskan ekonomi negara. Baginda menekankan bahawa peraturan ini adalah penting bukan sahaja untuk menjaga imej negara tetapi juga juga imej Islam kerana kedua-dua perkara ini adalah penting agar iannya sentiasa nampak terpelihara dan indah. Tambah baginda lagi Syarikat yang menghidangkan arak juga didapati ada yang rugi malah kerugiannya lebih besar dari Syarikat yang tidak menghidangkan arak.


Petikan titah Sultan Brunei ialah :- "Ini semua adalah langkah-langkah besar ke arah peningkatan. Sayugia diingat bahawa kita membangun adalah meliputi pembangunan fizikal dan rohani. Malah pembangunan jenis kedua inilah yang lebih-lebih lagi dituntut, kerana impaknya mencakup dua keuntungan sekali gus : keuntungan dunia dan keuntungan di akhirat," "Ini sama halnya apabila kita melarang dari dihidangkan arak di dalam penerbangan, ada yang berkata rugi kerana penerbangan akan dikhuatiri tidak laku. Tetapi orang tidak ingat keuntungan di akhirat dan keuntungan rahmat serta berkat daripada Allah SWT".

[Bayangkan jika apa yang dilakukan oleh Sultan Brunei ini turut dipraktikkan di negara Islam Malaysia yang tercinta ini. Bukankah, sejuk hati mendengar kenyataan sebegini daripada seorng ketua negara. Sememangnya pada waktu solat Jumaat begitu ramai umat Islam yang masih berpeleseran dan bertugas tanpa menyedari mereka itu wajib tunaikan solat Jumaat. Malah, banyak pekerjaan rakyat Malaysia yang tidak menjurus ke arah itu. Malah, ramai yang tanpa segan silu bertugas ketika waktu Jumaat. Tidak kurang juga yang melepak atau membeli belah di pasaraya tanpa menghiraukan masuknya waktu solat. Ini berlaku di seluruh negara dan semakin kritikal sekarang ini. Justeru, langkah yang dibuat oleh Sultan Brunei ini wajar dicontohi oleh kerajaan Malaysia jika benar-benar mahu menerapkan nilai-nilai Islsam sebenar dalan jiwa rakyat. Jika tidak, sudah pastilah masa depan generasi Islam di Malaysia akan terus punah ranah dibuatnya jika situasi seperti ihari ini dibiarkan terus berlarutan tanpa apa-apa perubahan].

Sumber Artikel: http://pahangdaily.blogspot.com/#ixzz2M9MJvSpL

No comments:

Post a Comment