28 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Bank Islam Malaysia Bhd telah mengeluarkan kenyataan kukuh dalam mempertahankan tindakannya menggantung Ketua Ekonomi bank itu sementara menunggu keputusan siasatan dalaman atas dakwaan "pelanggaran disiplin yang serius".
"Di negara ini, orang ramai bebas membuat apa-apa ramalan tentang pilihan raya. Ia sebenarnya adalah pendapat peribadi yang tidak akan membawa apa-apa kesan kepada institusi kewangan seperti kami.
"Tetapi siasatan dalaman kami berikutan kenyataan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin di sebuah forum serantau di Singapura mendapati bukti pelanggaran polisi dalaman bank. Ini telah disenaraikan dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada beliau," kata satu sumber kepada Bernama.

Dari pandangan bank, pelanggaran tersebut sangat serius sehingga ia perlu membuat laporan kepada bahagian jenayah komersil polis, tambahnya.
Sumber itu berkata peraturan Bank Islam untuk pegawai yang dijemput ke forum umum adalah jelas.
"Mereka harus mendapatkan kebenaran daripada pengurusan untuk mengambil bahagian dalam forum dan mendapatkan kelulusan untuk ceramah mereka.
"Azrul tidak berbuat demikian. Beliau pergi ke Singapura tanpa pengetahuan kami dan pada waktu bekerja," katanya.
Siasatan bank juga mendapati Azrul telah, pada bulan-bulan sebelum ini, menghantar beberapa e-mel berkaitan dokumen rasmi bank dari pejabatnya kepada pihak ketiga, termasuk dokumen yang amat sulit iaitu minit mesyuarat lembaga pengarah Bank Islam.
"Beliau bukan ahli lembaga pengarah bank dan beliau tidak sepatutnya memegang dokumen itu.

"Kami mendapati daripada pelayan komputer bank bahawa lain-lain hal bank juga dihantar kepada orang luar.
"Ini adalah pelanggaran serius polisi pejabat dan disiplin dan tidak memberikan kami apa-apa pilihan selain mengambil tindakan tegas," katanya.
Diminta untuk memberi komen tentang iklan satu muka yang dibeli oleh organisasi bukan kerajaan dan para aktivis dalam sebuah surat khabar pada 14 Febuari untuk menyuarakan sokongan mereka kepada eksekutif bank itu, sumber itu berkata:"Untuk berlaku adil terhadap kami, mereka patut membaca lampiran yang kami sediakan dalam surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya di mana kami menyenaraikan secara terperinci pelanggaran serius, yang pada kami, memerlukan tindakan daripada pihak kami".
"Kami membuat apa yang diperlukan untuk menjaga kepentingan bank. Apa yang kami buat tidak berbeza daripada apa yang akan dilakukan oleh lain-lain institusi jika mereka menghadapi keadaan yang serupa. Dan, kami yakin pelanggan kami menyokong kami dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata Azrul dijadualkan mempertahankan diri berdasarkan surat tunjuk sebab itu di hadapan lembaga disiplin tidak lama lagi. - Bernama

No comments:
Post a Comment