Thursday, February 28, 2013

Roket meletup di selatan Israel


BAITULMAQDIS 26 Feb. - Sebuah roket meletup di selatan Israel, hari ini, serangan pertama oleh pergerakan Hamas dari Genting Gaza, sejak perjanjian gencatan senjata diadakan November lalu bagi menamatkan serangan Israel di wilayah Palestin itu, dakwa polis Israel.
Serangan tersebut merupakan susulan daripada bantahan yang dilancarkan penduduk Palestin di seluruh Tebing Barat, berikutan kematian seorang tahanan Palestin, Arafat Jaradat di dalam penjara Israel pada Sabtu lalu.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, roket itu menyebabkan jalan berdekatan bandar Ashkelon rosak, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
"Satu letupan kedengaran di wilayah Ashkelon dan selepas sepasukan pakar menjalankan siasatan, mereka menemui roket yang merosakkan jalan berkenaan," katanya.
Sehingga kini belum ada sebarang pengakuan dibuat oleh kumpulan Hamas di Gaza.
Dalam keganasan terbaharu di wilayah itu, tentera Israel menembak ke arah penduduk Palestin menyebabkan lima cedera, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun ketika berlaku pertempuran dengan penunjuk perasaan di kawasan Bethlehem.
Kematian Jaradat dan mogok lapar yang dilancarkan empat lagi tahanan Palestin di dalam penjara Israel, menyebabkan tekanan semakin meruncing menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Israel bulan depan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130227/lu_04/Roket-meletup-di-selatan-Israel#ixzz2MCySLAWs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment