Thursday, February 28, 2013

Kerajaan Selangor disaman lagi




SEBAHAGIAN daripada warga emas Selangor mengadakan perhimpunan aman selepas memfailkan saman terhadap kerajaan negeri menuntut caruman takaful sebanyak RM2.5 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Seramai 1,001 warga emas di Selangor semalam memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful bernilai RM2.5 juta yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu.
Plaintif yang diketuai Akhirudin Abd. Rashid dan warga emas dari Shah Alam, Ampang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Tanjong Karang memfailkan tuntutan di kaunter Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners pada pukul 9.40 pagi.
Kerajaan negeri yang dibentuk oleh PKR, Pas dan DAP dinamakan sebagai defendan pertama manakala Abdul Khalid defendan kedua.
Turut hadir, peguam, Kamarudin Ahmad dan Pengerusi Persatuan Bertindak Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo.
Dalam pernyataan tuntutan setebal lapan muka surat itu, plaintif mendakwa gagal menerima caruman takaful sebanyak RM2,500 seorang seperti dijanjikan jika memenangi PRU-12.
Plaintif mendakwa, berdasarkan manifesto PRU-12, setiap warga emas berusia 60 tahun ke atas di Selangor layak menerima caruman takaful.
"Defendan kedua pula telah menyalahgunakan kuasanya apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan defendan pertama membuat caruman takaful kepada plaintif.
"Defendan pertama bersikap cuai dan tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakan janji kepada plaintif seperti yang terkandung dalam manifesto defendan pertama," katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2M9IscjHA 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment