Monday, February 4, 2013

Roti



Roti (yang berasal dari perkataan bahasa Sanskerta रोटिका roṭikā) merupakan satu kumpulan makanan ruji yang disediakan dengan dibakar, dikukus, atau digoreng doh mengandungi paling kurang tepung dan air. Garam diperlukan dalam kebanyakan kes, dan bahan penaik boleh digunakan. Sesetengah roti turut mengandungi rempah (seperti biji caraway) dan bijiran (bijan, biji popi). Bijiran turut digunakan bagi tujuan hiasan..

Roti boleh dimakan begitu sahaja, sering kali dengan mentega, mentega kacang, atau mentega kekacang lain, atau pemanis seperti seri kaya, jem, jeli, marmalade, Vegemite, madu, atau digunakan sebagai bekas bagi sandwish. Ia mungkin hanya dimasak, atau kemudiannya dibakar, dan boleh dihidangkan samaada suhu bilik atau panas.

Roti sebaiknya disimpan dalam kotak roti untuk mengekalkan kesegarannya, kerana ia masuk angin lebih cepat pada suhu peti sejuk.

Etimologi

Perkataan ini tersebut, Inggeris Kuno bread, banyak terdapat dalam pelbagai bentuk dalam banyak keluarga bahasa Jerman; seperti bahasa Jerman Brot, bahasa Belanda brood, bahasa Swedish bröd, dan bahasa Norwegian brød; ia diambil daripada asas brew, tetapi kemungkinannya daripada asas kata break, kerana pengguna asalnya terhad kepada serpihan, atau perca roti, Latin frustum, dan tidak sehingga abad ke 12 yang ia menggantikan —sebagai nama generik bagi roti— hlaf (Inggeris moden loaf), yang kelihatannya nama Teutonic terkuno; Jerman Tinggi Kuno hleib dan bahasa Jerman moden Laib, atau bahasa Finnish leipä, bahasa Estonian leib, dan bahasa Russia khleb adalah serupa (kesemuanya diambil dari Jerman Kuno (Old Germanic).

Sejarah

Roti merupakan makanan tersedia paling tua, bertarikh semenjak zaman Neolitik apabila bijiran dan air dicampur menjadi pasta dan dimasak.

Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir; kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keagamaan. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Eropah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini. Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Eropah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital. Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keping menjadi popular. Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.

Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke-20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat pemakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.

No comments:

Post a Comment