Friday, March 8, 2013

70 maut dalam pertempuran


KINSHASA 6 Mac - Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain melarikan diri dari rumah selepas berlaku pertempuran di antara pemberontak dan tentera kerajaan di timur Republik Demokratik Congo, semalam.
Pertempuran antara tentera dan pejuang daripada militia APCLS yang bermula minggu lepas di bandar Kitchanga merupakan keganasan terbaharu di rantau ini.
Menurut jurucakap sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Perubatan Perancis Medecin Sans Frontieres (MSF), hospital dipenuhi dengan orang ramai yang cedera selepas rumah mereka dibom.
Pekerja tempatan Palang Merah berkata 70 orang telah meninggal dunia.
"Keadaan mereka sangat kritikal, rumah mereka terbakar dan ramai yang cedera '' kata penyelaras perubatan MSF di rantau ini, Cory Kik.
Sementara itu, seorang pegawai tempatan pula menyatakan 200 penduduk telah terkorban selepas pertempuran dan lebih daripada 300 buah rumah musnah.
Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kira-kira 10,000 penduduk berkumpul di luar bangunan PBB di bandar ini bagi memohon perlindungan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_09/70-maut-dalam-pertempuran#ixzz2MtgI6rfb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment