Friday, March 8, 2013

Indonesia tahan lima anggota polis


JAKARTA 8 Mac - Polis Indonesia semalam menahan lima anggotanya atas dakwaan menyeksa anggota militan, selepas rakaman video yang dimuatnaik di YouTube merakamkan seorang suspek militan sedang ditembak, manakala yang lain didera.
Ketua detektif polis, Sutarman berkata, pihaknya sudah menahan lima anggota polis dan menjalankan soal siasat terhadap anggota lain.
Sutarman, bagaimanapun tidak memberi kenyataan lanjut berhubung penahanan tersebut.
Video dengan durasi selama 14 minit yang kabur itu dimuatnaik oleh beberapa kumpulan Islam di laman web mereka dan YouTube, yang merakamkan pegawai-pegawai terbabit sedang memaksa seorang lelaki melucutkan seluar dalamnya sebelum mereka menembak mangsa di bahagian dada. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_02/Indonesia-tahan-lima-anggota-polis#ixzz2MtiTNlQf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment