Friday, March 8, 2013

Tukar seragam



Kuala Lumpur: Selepas seorang pemimpin kanan mereka ditembak mati, pengganas Sulu yang menceroboh Sabah kini dipercayai bertukar seragam sesama mereka dengan anggota berpangkat rendah memakai seragam pemimpin kanan dan sebaliknya.

Sumber polis berkata, tindakan itu dilakukan bertujuan melindungi pemimpin mereka dan menipu pasukan keselamatan negara jika pengganas memakai seragam serta pangkat pegawai tinggi ditembak atau ditangkap.


“Helah terkini pengganas ini kami kesan selepas menemui tiga pakaian seragam, satu jubah dan kain putih bertulisan jawi ketika melakukan pemeriksaan dalam zon merah di Lahad Datu dan Semporna,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurutnya, semua pakaian itu ditemui di rumah kosong ditinggalkan penduduk dan ada juga ditemui di dalam kawasan belukar.


Metro Ahad, 3 Mac lalu melaporkan seorang penduduk kampung yang menjadi jurubahasa ketika pasukan keselamatan berunding dengan pengganas pada 13 dan 14 Februari lalu mendakwa melihat Abgimuddin Kiram memakai jubah putih. Apabila ditanya adakah jubah dan kain putih yang ditemui itu milik Abgimuddin, sumber itu berkata, ada kemungkinan begitu, namun ia belum dapat disahkan sepenuhnya. “Pasukan pengganas kini berada dalam keadaan terdesak selepas pasukan keselamatan kita menggempur mereka habis-habisan melalui Ops Daulat, jadi mereka akan menggunakan pelbagai taktik kotor bagi menyelamatkan diri,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, polis dikatakan menerima laporan daripada penduduk di Cenderawasih, Lahad Datu yang mendakwa terserempak dengan dua lelaki berpakaian seragam celoreng disyaki pengganas dalam kejadian kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Dalam laporannya, penduduk terbabit mendakwa dua pengganas itu dilihat bersembunyi di sebuah pondok di kawasan berkenaan sebelum dia melarikan diri kerana bimbang mengenai keselamatannya.


Selain itu, satu laporan turut diterima daripada penduduk mengenai penemuan kelopak peluru M16 dipercayai ditinggalkan pengganas di tiang elektrik di Kampung Sri Jaya, Semporna.


Anggota polis berpakaian preman memeriksa sebuah kedai emas yang dirompak oleh tiga lelaki bersenjatakan parang di jalan Temenggong, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.
KOTA BHARU 7 Mac - Sekumpulan tiga perompak mengambil masa hanya lima minit untuk melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Temenggong dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 4.45 petang itu, kesemua suspek memakai jaket hitam, bertopi keledar serta bersenjatakan parang dan kapak, meluru masuk ke dalam kedai tersebut sebelum memecahkan cermin pameran kedai emas tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, ketika kejadian, hanya terdapat lima orang pekerja dan tiada pelanggan dalam premis berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130308/je_01/Rompak-emas-RM200000#ixzz2Mtlnvje5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment