DAVAO 7 Mac - Presiden Filipina, Benigno Aquino III (gambar), hari ini berkata, beliau berasa lebih bertanggungjawab bagi membicarakan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu dan pengikutnya di Filipina terlebih dahulu, sebelum mereka diekstradisi ke Malaysia.
"Biarkan kami (rakyat) dan negara ini menangani isu itu terdahulu dengan mendakwa Kiram.
"Kami akan membincangkan tentang ekstradisi (Kiram) ke Malaysia selepas mereka diuruskan di bawah undang-undang Filipina," katanya kepada media di Davao, hari ini.
Aquino mengeluarkan kenyataan itu selepas Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman mencadangkan kepada rakan sejawatnya, Albert del Rosario, supaya Kiram dan pengikutnya diekstradisi ke Malaysia.
"Jabatan Kehakiman (DOJ) sedang meneliti untuk mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya," katanya.
Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima berkata, pihaknya sedang menyediakan 'dakwaan kukuh' untuk mendakwa Kiram seperti yang diarah oleh Aquino.
"Filipina mempunyai hak utama untuk mendakwa Kiram dan pengikutnya," ujarnya. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130308/lu_08/Aquino-mahu-dakwa-Kiram-di-Filipina#ixzz2MtjmMAst
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment