Friday, March 8, 2013

Telefon pintar jejas hubungan


LONDON 6 Mac - Satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati perbualan menerusi telefon pintar menjadi lebih penting daripada perbualan bersemuka sehingga boleh mengganggu hubungan suami isteri.
Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat langganan, Socked.co.uk. kira-kira 80 peratus lelaki di UK mengaku menggunakan telefon pintar atau komputer tablet mereka ketika sedang makan malam.
Data terbaru menunjukkan peningkatan jumlah mereka yang enggan berbual secara bersemuka walaupun perbuatan itu dilihat melanggar nilai-nilai kemasyarakatan.
Sejumlah orang lebih gemar berbual dengan orang yang mungkin tidak pernah bertemu di talian berbanding berbual dengan pasangan mereka sendiri, ahli keluarga atau rakan yang berada di hadapan mereka.
Hasil kajian mendapati, sebanyak 76 lelaki hanya berdiam diri ketika bersama pasangan mereka pada waktu malam sambil melayari laman-laman web.
Sebanyak 84 peratus responden berkata, mereka menjadi marah apabila mereka diganggu ketika menggunakan telefon pintar atau komputer tablet.
Wakil Socked.co.uk, Mark Hall berkata, media sosial dan Internet sememangnya penting, namun tidak sepatutnya mengganggu hubungan dalam kehidupan.
''Apabila seseorang memegang telefon, seolah-olah dunia di sekitar mereka tidak membawa apa-apa makna.
''Data mengenai kejadian ini sangat mengejutkan,'' katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_07/Telefon-pintar-jejas-hubungan#ixzz2Ms6l6YNE
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment