MANILA 5 Mac - Jurucakap Presiden Benigno Aquino, Ricky Carandang hari ini berkata, kerajaan Filipina telah menggunakan semua pendekatan bagi mengelak pencerobohan kumpulan bersenjata dari negara itu di Sabah berakhir dengan keganasan.
Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan Malaysia melancarkan serangan besar-besaran ke atas kumpulan pengganas itu, yang mendakwa mereka sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, hari ini.
"Kami telah melakukan semampu yang boleh bagi menghalang kejadian ini (keganasan) berlaku, tetapi pengikut Kiram (Sultan Jamalul Kiran III) memilih jalan tersebut," kata Carandang.
Sebanyak 27 orang telah terkorban sejak pengikut Jamalul Kiram menceroboh negeri itu pada 12 Februari lalu.
Carandang berkata, Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario masih berada di Kuala Lumpur untuk berunding dengan rakan sejawatnya dari Malaysia berhubung krisis itu.
Sementara itu, jurucakap Kiram, Abraham Idjirani berkata, pemimpin kumpulan itu melaporkan kepadanya melalui panggilan telefon bahawa pertempuran sedang berlaku di Sabah.
"Buat masa ini tidak ada apa yang boleh dilakukan dan mereka akan berjuang sehingga ke akhir hayat," katanya. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_02/Filipina-telah-melakukan-segala-pendekatan-elak-keganasan#ixzz2MthfSWa1
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment