Friday, March 8, 2013

Filipina kerah 2 kapal pengawal pantai


salah sebuah Kapal pengawal pantai PCG BRP Edsa (SARV 002) Filipina siap sedia untuk dihantar ke sempadan Malaysia-Filipina - AGENSI
MANILA 5 Mac - Dua kapal Pengawal Pantai Filipina diletakkan dalam keadaan bersiap sedia di Zamboanga City untuk dihantar ke perairan sempadan Malaysia-Filipina bagi memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat negara ini, yang terjejas akibat ketegangan di Sabah ekoran pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina.
Jurucakap Pengawal Pantai, Leftenan Komander Armand Balilo berkata, kapal mencari dan menyelamat, PCG BRP Edsa (SARV 002) dan BRP Davao del Norte (SARV 3504) kini 'sedang menunggu arahan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar untuk dikerah ke sempada antara kedua-dua negara berjiran ini'.
"Ekoran misi itu adalah untuk tujuan kemanusiaan, kami berharap kerajaan Malaysia akan membenarkan kapal-kapal tersebut membawa pulang rakyat Filipina yang mahu meninggalkan Sabah ketika ketegangan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Kesultanan Sulu berterusan," katanya yang dipetik oleh Inquirer.net.
Balilo berkata, kedua-dua kapal itu akan membantu dalam operasi pemindahan atau membawa pulang rakyat Filipina dari timur Sabah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_04/Filipina-kerah-2-kapal-pengawal-pantai#ixzz2MthrMCae
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment