Friday, March 8, 2013

Protes di Kedutaan Malaysia


Penyokong Jamalul Kiram III mengadakan tunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Malaysia di Manila, semalam menggesa supaya serangan pasukan keselamatan Malaysia ke atas pengikut Jamalul Kiram III, yang menceroboh Sabah dihentikan. - AFP
MANILA 5 Mac - Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup, hari ini ekoran tutnjuk perasaan olteh penyokong Sultan Jamalul Kiram III, mengecam serangan tentera Malaysia ke atas kumpulan penceroboh di Sabah, yang setakat ini telah mengorbankan sekurang-kurangnya 27 orang.
Penutupan pejabat kedutaan itu dibuat, ketika tentera Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh yang mendakwa diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, hari ini.
Sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan Katolik dan Islam yang merupakan penyokong Kesultanan Sulu yang diketuai Sultan Jamalul Kiram III, berkumpul di hadapan pejabat Kedutaan Malaysia di Makati City, serta di Tordecillas Street, Salcedo Village.
Mereka menggesa serangan ke atas pengikut Kesultanan Sulu itu dihentikan.
Dalam demonstrasi tersebut, mereka turut membakar bendera Malaysia dan gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sekurang-kurangnya 50 anggota polis dan sebuah trak bomba turut ditempatkan di kawasan itu. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130306/lu_01/Protes-di-Kedutaan-Malaysia#ixzz2MthTWAHf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment