12 Mac 2013
BAGHDAD - Rangkaian militan al-Qaeda yang berpangkalan di Iraq, semalam, mengaku bertanggungjawab terhadap kematian 48 askar Syria dan sembilan pengawal keselamatan Iraq di barat Anbar.
Menurut pegawai, serangan hendap itu dipercayai dirancang oleh rangkaian pelampau Islam di Iraq dan sekutu ideologi mereka di Syria yang menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad.
Dalam satu kenyataan laman web al-Qaeda, pejuang militan kini sedang memantau pergerakan tentera kerajaan selepas pihak berkuasa Iraq dilapor berusaha untuk memindahkan askar Syria yang berada di Iraq secara rahsia.
"Kumpulan 'singa padang pasir' kini melancarkan satu misi menyediakan perangkap di sepanjang jalan raya menuju ke pintu sempadan," katanya.
Jurucakap aktivis kumpulan hak asasi kemanusiaan Syria memberitahu, serangan tercetus apabila bom yang dipasang meletup berdekatan kenderaan pengiring ketenteraan Syria.
"Selepas letupan sekumpulan pejuang melancarkan serangan daripada dua arah menggunakan senjata api dan mortar," katanya.
Setakat ini, lebih 70,000 orang dilaporkan terbunuh sejak tercetusnya bantahan menentang kerajaan Assad yang bermula pada Mac 2011. - AP

No comments:
Post a Comment