MANILA - Seorang penasihat Jamalul Kiram III hari ini membuat pendedahan bahawa pihaknya mahu menceroboh Sabah seawal Ogos lalu dalam usaha menuntut wilayah Malaysia itu.
Setiausaha Agung Majlis Hal Ehwal Filipina, Pastor Saycon berkata, Agbimuddin Kiram mula merancang untuk menuntut Sabah ekoran keengganan Presiden Filipina, Benigo Aquino III mengadakan perbincangan dengan Jamalul.
Saycon berkata, pada awalnya, Agbimuddin merancang untuk menceroboh Sabah, Ogos lalu tetapi rancangan itu ditangguhkan.
Memetik laman web www.abs-cbnnews.com, penasihat kepada Jamalul itu tidak membenarkan pengikut dan Agbimuddin untuk menceroboh Sabah pada 12 Februari bersama 235 pengikutnya.
Saycon menambah, pihaknya lebih selesa jika tuntutan Kiram itu dibawa terlebih dahulu ke badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebelum mengambil tindakan menceroboh.
No comments:
Post a Comment