TUNIS - Pihak berkuasa Tunisia menutup pintu sempadan yang menghubungkan Libya selepas tercetusnya pertempuran antara penyeludup yang menyebabkan seorang askar tempatan terbunuh, semalam.

Lapor radio tempatan, insiden itu menyebabkan dua rakyat Tunisia dan seorang rakyat Libya cedera sejurus berlaku pertelingkahan antara pihak berkuasa dengan penyeludup bersenjata dekat pos kawalan sempadan Dhiba-Wazn.

Setakat ini, aktiviti penyeludupan dan kemasukan pelampau Islam semakin meningkat di sempadan Libya dan Tunisia sekali gus meningkatkan tekanan kepada kerajaan.  - Reuters