13 Mac 2013
JOHOL – “Jalan telah dibina di atas tanah kami,” dakwa penduduk Rumah Rakyat Pasit, Lim Meng Cho, 59, ketika ditemui pemberita.
Katanya, berdasarkan kepada geran lot tanah 8569, jumlah keluasan 177 meter persegi namun kini rumahnya lebih kecil dari saiz berkenaan.
“Saya tinggal di rumah ini sejak 32 tahun lalu. Pelbagai pihak telah mengetahui keadaan ini, namun sehingga kini masih belum ada apa-apa tindakan.
“Jalan di kawasan ini sangat kecil dan sempit. Kenderaan besar tidak boleh melaluinya. Selain itu, untuk meletakkan kenderaan juga agak sukar.
"Bila musim perayaan, kawasan ini sesak dengan kenderaan dan ada kalanya, anak-anak tidak mahu pulang kerana tiada tempat meletak kereta,” katanya.
Dalam pada itu, kata Meng Cho, kedudukan rumahnya yang berada di tepi jalan perlu lebih besar dari rumah penduduk lain berdasarkan kepada geran yang telah diberikan.
“Sepatutnya rumah tepi ada tanah sendiri bukannya jalan raya. Tanah yang sebetulnya adalah tanah selepas longkang tetapi kini telah ditumbuhi semak samun.
“Apabila hujan sahaja, tanah tebing akan runtuh hingga memasuki ke dalam longkang. Ini telah menyebabkan banjir di kawasan berhampiran termasuk rumah saya,” katanya.
Sementara itu, Jamilah Talib, 49, berkata, aduan telah dilakukan kepada pihak berkenaan beberapa tahun lalu.
“Ada pihak yang menyatakan, tutup sahaja jalan tersebut. Kami tidak boleh tutup begitu sahaja kerana laluan ini sering digunakan oleh penduduk.
“Dulu kami telah temui batu sempadan yang menyatakan sempadan rumah kami. Tetapi kini ditutupi oleh pokok dan semak samun,” katanya.
Katanya lagi, penduduk berharap agar pihak berkaitan dapat turun padang melihat perkara ini dan berbincang.
“Kami tidak tahu untuk mengadu kepada siapa. Jika pihak berkaitan datang ke Rumah Rakyat Pasit, dapatlah berbincang perkara ini secara lebih menyeluruh.
“Mungkin akan terbina jalan baru yang lebih selesa mengikut ukuran yang tepat dan betul. Kami sangat berharap pihak berkenaan dapat membantu kami mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 54 buah rumah Rakyat Pasit telah dihuni oleh penduduk berbilang bangsa.
No comments:
Post a Comment