AS dan Afghanistan capai persetujuan
Askar melakukan pemeriksaan di Kabul.
KABUL - Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan bersetuju melalui satu rundingan untuk mengeluarkan tenteranya dari wilayah Wardak selepas diberi kata dua oleh Presiden Afghanistan, Hamid Karzai.

Februari lalu, Karzai mengarahkan pasukan khas AS meninggalkan wilayah itu dalam tempoh dua minggu selepas banyak keganasan berlaku antara penduduk dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF).

“Tidak perlu tunggu hingga hujung tahun. Nato perlu mengarahkan askarnya keluar dari wilayah ini dengan segera,” katanya dipetik laporan Reuters.

Sementara itu, Komander Tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Joseph Dunford berkata, tenteranya kini akan berpusat di daerah Nerkh untuk terus memantau keselamatan negara itu.