Friday, March 22, 2013

Kepala tebusan Perancis dipenggal



Gambar tidak bertarikh dikeluarkan media al-Qaeda, al-Andalus, menunjukkan warganegara Perancis, Philippe Verdon (kanan) dan Serge Lazarevic yang ditahan kumpulan militan al-Qaeda Maghreb (AQIM) di lokasi yang tidak dinyatakan. - AFP
NOUAKCHOTT 20 Mac - Kumpulan al-Qaeda Afrika Utara berkata, mereka telah memenggal kepala seorang tebusan Perancis sebagai membalas dendam kerana campur tangan ketenteraan negara itu di Mali baru-baru ini.
Agensi berita ANI yang memetik komander kumpulan itu semalam melaporkan, Phillippe Verdon telah dipenggal pada 10 Mac lalu, sebagai tindakan membalas dendam.
Verdon adalah seorang daripada dua tebusan Perancis yang diculik di Hombori, utara bandar Mali pada November tahun 2011.
Kementerian Luar Perancis bagaimanapun enggan mengulas mengenainya.
Seramai 14 lagi tebusan Perancis ditahan di Afrika Barat termasuk tujuh daripadanya kini berada dalam tahanan kumpulan militan al-Qaeda Maghreb (AQIM) dan gabungannya di Sahel.
Seorang daripada pemimpin AQIM, Mokhtar Belmokhtar berikrar untuk membalas dendam selepas Perancis melancarkan kempen ketenteraan pada Januari lalu bagi mengusir kumpulan militan yang merampas sebuah kubu pemberontak Tuareg dan menawan separuh kawasan utara Mali.
Komander AQIM itu yakin, Verdon adalah perisik dari Perancis.
Katanya, Presiden Perancis, Francois Hollande perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas saki baki tebusan tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130321/lu_03/Kepala-tebusan-Perancis-dipenggal#ixzz2ODQBfQ9R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment