21 Mac 2013
KUALA KRAI - Ibu lima anak termasuk seorang daripada mereka disahkan hiperaktif di Guchil 4, dekat sini, tidak mampu menahan sebak apabila menceritakan nasib mereka yang sekian lama hidup susah akibat kemiskinan.
Titisan air mata Fauziah Muhamad, 30, menjadi saksi keperitan hidup dilaluinya bersama suami dan anak ketika mengulangi kisah sedih mereka, termasuk sering terputus bekalan makanan kerana kehabisan wang.
Fauziah berkata, jika keperluan asas itu pun tidak dapat dipenuhi dia dan suami, apatah lagi keperluan lain seperti belanja sekolah, anak termasuk seorang anak mereka yang hiperaktif dan sewa rumah.
“Sedih bila fikirkan makan minum anak-anak. Ada masa beras dan gula di dapur semua habis. Kerap dalam seminggu, kami hanya makan nasi goreng,” katanya sambil menahan sebak.
Fauziah berkata, paling mengguris hatinya sebagai ibu ialah apabila tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk membeli keperluan sekolah seperti kasut dan buku.
“Anak minta belikan buku harga RM6 pun saya tak mampu. Terpaksa pinjam dengan jiran sebab risau anak malu nak pergi sekolah kalau tak ada buku.
“Sewa rumah RM100 sebulan pula sudah lima bulan tertunggak,” katanya yang tinggal di rumah sewa itu bersama suami, Mohamed Bashah Baharom, 52, dan lima anak berusia tiga hingga 13 tahun.
Fauziah berkata, belanja seharian mereka bergantung kepada pendapatan suaminya sebagai buruh kampung manakala dia sendiri tidak dapat bekerja kerana perlu beri sepenuh perhatian kepada anaknya yang hiperaktif, Muhamad Danish Shahlan, 7.
“Anak keempat saya ini perlu dijaga sepanjang masa kerana dia tidak boleh duduk diam. Makan minum dan pakaian dia, saya kena jaga sebab dia tak pandai buat sendiri.
“Kalau hari sekolah, saya perlu sentiasa ada temankan dia dalam kelas. Adiknya yang berumur 3 tahun, saya terpaksa minta jiran tolong jaga,” katanya.
Menurutnya, dia cuba bantu suaminya dengan bekerja di kedai makan di hadapan rumah pada hujung minggu, tetapi pendapatan diterima tidak tetap kerana bergantung kepada keadaan Muhamad Danish Shahlan.
Sementara itu, Fauziah berkata, dia pernah memohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan bebannya, namun ditolak atas alasan dia masih muda dan mampu bekerja.
Menurutnya, dia cuba mohon bantuan JKM buat kali kedua pada Mac 2011 selepas memenuhi permintaan agensi itu supaya permohonan disertakan surat pengesahan pakar perubatan mengenai penyakit anaknya.
“Setahun selepas hantar surat pakar perubatan, saya pergi JKM dan tanya mengenai permohonan itu. Mereka (JKM) jawab, tidak ada bantuan kerana permohonan saya sudah ‘tutup buku’,” katanya.

No comments:
Post a Comment