SEOUL 21 Mac - Korea Utara sedia menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Jepun dan Guam yang berada dalam lingkungan sasaran peluru berpandu jarak sederhana milik negara itu, sekiranya ia terus menerima provokasi daripada seteru utamanya itu.
Kenyataan jurucakap pemerintah tertinggi ketenteraan Korea Utara itu dibuat sehari selepas Presiden Korea Utara, Kim Jong-un menyelia serangan pesawat drone secara olok-olok ke atas Korea Selatan.
Korea Utara meningkatkan kekuatan ketenteraannya sebagai tindak balas kepada latihan ketenteraan Korea Selatan dan AS, serta masih berang dengan sekatan terbaharu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran ujian nuklearnya pada 12 Februari lalu.
''Amerika dinasihati supaya tidak lupa akan kelengkapan kami yang mempunyai sasaran tepat pada jarak sederhana khususnya pangkalan Tentera Udara Anderson di Guam yang menjadi lokasi pesawat pengebom B-52 berlepas.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130322/lu_07/Korea-Utara-sedia-serang-pangkalan-tentera-AS#ixzz2OEuondkb
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment