Roket amaran buat Obama sebelum ke Gaza
Penduduk Israel membakar bendera AS di Baitulmaqdis.
BAITULMAQDIS - Tentera Israel mendakwa Palestin melepaskan empat roket di selatan Israel pada hari kedua lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke negara itu.

Menurut laporan Reuters, jurucakap polis, Micky Rosenfeld berkata, dua roket meletup di hadapan sebuah rumah di bandar sempadan Sderot menyebabkan kerosakan teruk tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

“Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab tetapi kami yakin roket itu disasarkan ke wilayah yang dikuasai Hamas,” katanya.

Sementara itu, The Jerusalem Post melaporkan, letupan ketiga dan keempat berlaku di Semenanjung Gaza lewat petang kelmarin.

“Roket itu sebagai tanda amaran dari penduduk Palestin selepas Obama dijadualkan akan melawat Tebing Barat pada Sabtu ini,” menurut laporan itu. -