Friday, April 5, 2013

Azizan terjatuh ketika turun tangga



AZIZAN diangkat oleh petugas Parti Keadilan Rakyat selepas terjatuh di hadapan ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya semalam.


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terjatuh ketika menuruni anak tangga selepas menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri dikuasai pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya petang semalam.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 3.30 petang apabila Azizan terlangkau satu anak tangga menyebabkan beliau terjatuh berhampiran kenderaan rasminya.
Bagaimanapun, Setiausaha Politiknya, Mohd. Sanusi Md. Nor serta beberapa petugas PKR yang berada berhampiran sempat memegang beliau.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Mohd. Helmi Mohd. Khalid, Menteri Besar itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kemudian memasuki kenderaannya sebelum beredar untuk pulang ke Alor Setar.
"Menteri Besar tiba di kediamannya di Alor Setar kira-kira pukul 8 malam tadi dan beliau berada dalam keadaan sihat.
"Insiden tersebut tiada kaitan dengan serangan jantung," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0405&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_15.htm#ixzz2PXWU3rlg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment