Friday, April 5, 2013

Tabung amanah rahsia Marcos akan disiasat



Manila: Kerajaan Filipina semalam berkata, ia bercadang untuk menyiasat dakwaan bahawa anak perempuan sulung diktator Ferdinand Marcos menjadi benefisiari kepada satu tabung amanah rahsia di luar pesisir.

Satu laporan diterbitkan Pusat untuk Siasatan Kewartawanan Filipina mendakwa Imee Marcos, 57, kini gabenor daerah gagal mengisytiharkan tabung amanah di Kepulauan British Virgin itu.


Ketua pejabat pentadbiran presiden, Andres Bautista yang ditugaskan menyelidik wang berbilion dolar yang dicuri keluarga Marcos daripada dana kerajaan ketika 20 tahun pemerintahannya berkata, pejabatnya akan menyiasat dakwaan itu. “Kami bertanggungjawab menyiasat dan berdasarkan hasil siasatan awal, kami memutuskan sama ada akan melanjutkan perkara ini,” katanya. - Manila Times

No comments:

Post a Comment