5 April 2013
MELAKA - Mahkamah Tinggi Ayer Keroh di sini, semalam membenarkan tuntutan deklarasi hutang oleh 59 bekas peneroka Felda Tun Ghafar Baba Bukit Senggeh, Jasin, terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Perintah itu dibuat mahkamah bahawa kesemua bekas peneroka berkenaan yang juga plaintif tidak mempunyai hutang terhadap defendan.
Timbalan Pendaftar, Norma Ismail turut memerintahkan Felda membayar kos tindakan sebanyak RM1,000 kepada bekas peneroka berkenaan.
Perintah dikeluarkan selepas defenden melalui afidavit jawapan bertarikh 28 Mac 2013 mengesahkan plaintif tidak mempunyai hutang.
Kesemua plaintif yang diwakili Peguam T Kumar dan R Saravanan menfailkan saman deklarasi terhadap defendan pada 20 Februari lalu.
Kumar berkata, tuntutan seumpama itu adalah yang pertama di negara ini apabila ia membabitkan bekas peneroka menuntut penyata hutang.
“Justeru, peneroka atau bekas peneroka lain wajar mencontohi tindakan diambil 59 bekas peneroka ini yang tidak lagi mahu ditindas malah bejuang menuntut hak mereka,” katanya.
Hampir 30 bekas peneroka hadir ke Kompleks Mahkamah Melaka termasuk Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Biro Masyarakat Felda, Rebin Birham turut sama memberi sokongan.
Shamsul Iskandar ketika ditemui Sinar Harian berkata, perintah dikeluarkan mahkamah itu membuktikan perjuangan peneroka Felda dalam menuntut hak tidak sia-sia.
“Ini adalah kemenangan pertama rakyat selepas pembubaran dewan rakyat dan jelas apa yang Keadilan perjuangkan selama ini berada di landasan yang betul. Oleh itu, mana-mana peneroka yang mempunyai masalah diharap tampil untuk kita bantu,” katanya.
Pada 21 Februari lalu, muka depan Sinar Harian melaporkan seramai 59 bekas peneroka Felda Tun Ghafar Baba menfailkan saman dan deklarasi terhadap Felda di Mahkamah Tinggi.
Deklarasi itu antaranya untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai hutang kepada Felda atau sebaliknya.
Deklarasi itu juga meminta pihak defendan memberi penyata terperinci bagaimana hutang tersebut dilakukan terhadap bekas peneroka yang juga plantif.

No comments:
Post a Comment