Wednesday, April 24, 2013

Banner ini berunsur ugutan dan hasutan

Mazlan Aliman
Saya solat Jumaat hari ini di Kg Rahmat, Kulaijaya. Disambut banner seperti ini.
Semalam, dalam taklimat OCPD Kulaijaya telah mengingatkan semua parti politik agar jangan wujudkan situasi provokasi dan hasutan.

Semasa taklimat tersebut, pemimpin Umno dan BN, termasuk Ketua Pemuda Umno Kg Rahmat, Mohd Nor, turut hadir. Seharusnya dia faham amaran keras OCPD.

Banner ini berunsur ugutan dan hasutan. Ia boleh menimbulkan suasana tegang, apatah lagi sebelum ini bendera2 PAS yang dinaikkan di kg tersebut di buang dan dbakar.

Makluman kpd Polis telah dilakukan. Harap polis siasat dan ambil tindakan tegas kpd mereka yg menimbulkan gangguan kepada perjalanan demokrasi pilihanraya. Saya setuju dengan statement OCPD; jangan beri muka kpd samseng2 jalanan ini!

No comments:

Post a Comment