Wednesday, April 10, 2013

hah ha ha kenapa boleh jadi begini?


1. Kenyataan Rafizi Ramli : http://www.youtube.com/watch?v=03a2jefp6EM


2. Kenyataan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop : http://www.sinarharian.com.my/nasional/menteri-ramai-muflis-jika-harga-kereta-turun-seperti-disaran-pakatan-1.70831

Menteri: Ramai muflis jika harga kereta turun seperti disaran Pakatan

28 Julai 2012

TASEK GELUGOR - Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti eksais kenderaan diturunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.

Katanya, jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.

"Bila mereka hapuskan duti eksais harga kereta akan turun, itu betul...tapi kalau tiba-tiba turun (duti eksais) kedai-kedai second hand yang ada banyak kereta memang akan muflis dan orang yang bekerja di kedai itu macam mana?

"Itu akan beri kesan sampingan kepada ekonomi. Nak kurangkan eksais itu boleh tapi kena fikir banyak aspek, keburukan dan kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah Leha Nayan sempena Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di sini hari ini.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
 

No comments:

Post a Comment