Wednesday, April 10, 2013

Iran mula operasi lombong dan kilang proses uranium



10/04/2013 3:34am

DUBAI/VIENNA - Iran semalam mengumumkan telah memulakan operasi di dua buah lombong uranium dan sebuah kilang pemprosesan bahan nuklear itu.
Pengumuman yang dbuat oleh Ketua Pertubuhan Tenaga Nuklear, Fereydoun Abbasi-Davakeitka itu turut menyatakan bahawa Iran memerlukan uranium yang diperkaya bagi menjana beberapa reaktor ujian tambahan yang akan dibina.
“Kami telah mula mereka bentuk sebuah reaktor 10-megawatt dan kini sedang memilih tapak yang sesuai untuk pembinaan loji itu.
“Pihak Barat telah mencuba pebagai cara untuk menghalang Iran daripada memiliki teknologi nuklear tetapi mereka gagal,” kata beliau di sambutan Hari Teknologi Nuklear Kebangsaan Iran.
Menurut agensi berita kebangsaan Iran, ISNA, kedua-dua lombong dan kilang pemprosesan berkenaan terletak di Ardakan, Yazd . - Rueters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_15.htm#ixzz2Q0WCAykF 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment