Wednesday, April 10, 2013

Penduduk Islam digesa bersatu



9 April 2013
KAHERAH - Pemimpin al-Qaeda menggesa penduduk di negara rantau Arab untuk bersatu sebagai sebuah negara Islam menerusi rakaman mesej audio berdurasi 102 minit yang dimuat naik ke dalam laman sesawang organisasi itu, Sabtu lalu.

Ayman Al-Zawahri turut memberi amaran kepada Perancis susulan daripada campur tangan mereka dalam menamatkan konflik di Mali.

Dalam rakaman tersebut, beliau terus menggesa penduduk Islam untuk membebaskan tanah air mereka dari cengkaman tentera asing dan rejim zalim serta menggunakan undang-undang Islam di negara masing-masing.

Selain itu, menurut petikan AFP beliau turut mengkritik Ikhwanul Muslimin berhubung tindak balas lambat mereka dalam menangani masalah kemudahan awam termasuk isu kemiskinan di Mesir.

No comments:

Post a Comment