Giorgio Napolitano
Giorgio Napolitano
ROM - Bekas pemimpin komunis, Giorgio Napolitano bersedia memikul mandat untuk penggal kedua sebagai Presiden Itali dalam usaha menyelesaikan krisis politik yang melanda negara itu.

Dipetik AP, penggubal undang-undang Itali memilih semula Napolitano, 87, selepas mendapat 738 undi daripada 1,007 undi, bagi mendahului pencabarnya yang juga pemimpin berhaluan kiri Stefano Rodota, hanya mendapatkan 217 undi.

“Saya tidak menolak kepercayaan dan tanggungjawab yang telah diberikan oleh rakyat. Saya yakin ahli Kabinet masih mempercayai kewibawaan saya dalam menerajui negara ini,” katanya.

Pelantikan beliau mengukir sejarah tersendiri apabila calon presiden, perdana menteri boleh dipilih semula selepas pembubaran Parlimen.