23 April 2013
KAHERAH - Sepupu kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan dibicarakan di Mesir selepas didakwa melakukan pembunuhan, menurut media tempatan, kelmarin.
Dipetik AFP, Ahmed Qaddaf al-Dam ditahan selepas insiden berbalas tembakan dengan polis di apartmennya di Kaherah, bulan lalu.
Agensi berita Mena melaporkan, pembantu kanan Gaddafi tersebut juga didakwa cuba menentang pihak berkuasa dan memiliki senjata api tanpa lesen.
Awal bulan lalu, pihak berkuasa Libya meminta al-Dam dihantar pulang ke negara itu untuk dibicarakan atas tuduhan memalsukan dokumen tetapi ditolak oleh mahkamah Mesir

No comments:
Post a Comment