22 April 2013
SEOUL - Korea Utara memindahkan dua pelancar peluru berpandu jarak dekat ke pantai timur bagi persiapan melancarkan ujian nuklear sebagai provokasi terbaru terhadap Korea Selatan dan sekutu kuatnya Amerika Syarikat.
Dipetik AP, agensi berita Korea Selatan melaporkan, Seoul telah menjangkakan beberapa jenis pelancaran peluru berpandu milik Pyongyang ketika ketegangan memuncak di Semenanjung Korea.
Laporan itu memetik, menurut sumber tentera sebagai berkata, imej satelit menunjukkan Korea Utara turut mengalihkan sasaran peluru berpandu jarak dekat, Scud ke wilayah Hamgyeong Selatan.
“Kami dapat melihat persiapan terbaru Korea Utara. Kami juga meningkatkan persiapan rapi termasuk melakukan latihan ketenteraan bersama tentera Australia dengan menggunakan pesawat tempur yang dilengkapi dengan senjata anti-peluru berpandu,” katanya.
Situasi di Korea Utara kembali tegang selepas Pyongyang enggan memenuhi prasyarat ditetapkan Korea Selatan, AS, China dan Jepun sebelum rundingan damai berlangsung.

No comments:
Post a Comment