BEIJING 6 Mei - China hari ini menghantar sebuah armada terdiri daripada 30 bot nelayan ke perairan berhampiran kepulauan Spratly yang dituntut Vietnam bagi menangkap ikan di situ.
Agensi berita Xinhua yang memetik seorang pegawai kerajaan sebagai berkata, armada itu berlepas daripada wilayah selatan pulau Hainan yang dikenali di China sebagai Nansha.
Ketua bahagian nelayan wilayah Hainan, Huang Wenhui berkata, kapal-kapal dengan setiap satu mempunyai kapasiti membawa lebih 100 tan muatan akan menangkap ikan di bawah 'perintah bersatu' untuk selama 40 hari berhampiran pulau tersebut. - DPA
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130506/lu_08/China-hantar-armada-ke-perairan-berhampiran-Spratly#ixzz2ScBWBOVL
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment