Tuesday, May 7, 2013

Polis nafi berlaku kekecohan di Bentong Ahad lalu



BENTONG 7 Mei - Polis Bentong menafikan khabar angin di media sosial berhubung timbul kekecohan dan tunjuk perasaan selepas pengiraan undi di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah Bentong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, tiada sebarang kekecohan, perarakan atau tunjuk perasaan berlaku termasuk gangguan bekalan elektrik, malah semuanya berjalan baik.
"Hanya sekumpulan kecil penyokong pembangkang yang berkumpul di seberang jalan di depan Dewan Sultan Haji Ahmad Shah sebagai menyokong kemenangan pembangkang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bilut, Ketari dan Sabai, namun mereka bersurai 15 minit kemudian," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130507/je_03/Polis-nafi-berlaku-kekecohan-di-Bentong-Ahad-lalu#ixzz2ScEWMn8x
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment